Cara Mendaftar Pengguna e-Operasi

Sebelum menggunakan sistem e-Operasi, pengguna perlulah terlebih dahulu mendaftar pengguna. Ini bagi membolehkan pengguna mempunyai login ID serta kata laluan. Di sini kami kongsikan cara untuk mendaftar pengguna e-Operasi .

Antara maklumat yang diperlukan untuk mengisi borang pendaftaran pengguna adalah no kad pengenalan.

Cara daftar Pengguna e-Operasi

Berikut adalah cara untuk mendaftar pengguna e-operasi.
  1. Masuk ke pautan ini: Daftar
  2. Kemudian isi borang yang tertera seperti di bawah ini dengan lengkap.
  3. Klik simpan.
daftar pengguna eoperasi
Anda diminta untuk memastikan segala maklumat yang anda isi adalah tepat. Pastikan juga anda mengingati soalan keselamatan. Ini bagi membolehkan anda untuk mendapatkan kembali katalaluan (password) sekiranya anda terlupa.

Selepas mendaftar, email pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan. Anda bolehlah terus login menggunakan kata laluan yang anda buat sebentar tadi.

Semoga artikel ringkas mengenai cara mendaftar pengguna eoperasi ini dapat membantu anda.

0 comment... add one now